Cerita ArtisHiburan

Cat Farish Dedahkan Hanya Bercerai Talak Satu, Bukan Tiga Seperti Yang Didakwa

Penyanyi dan pelakon popular, Cat Farish mendedahkan dia sudah bercerai talak satu dengan bekas isterinya, Suriani Hassan pada akhir tahun lalu.

Cat berkata, dia juga menafikan telah menceraikan bekas isterinya itu dengan talak tiga seperti yang didakwa sebelum ini.

“Sebenarnya penceraian yang berlaku itu adalah talak satu dan bukannya talak tiga. Ada beberapa masalah yang berlaku dan rasanya ia terlalu peribadi untuk saya kongsikan.

“Lagipun saya tak mahu buka aib sesiapa, tetapi sebagai lelaki apa yang berlaku itu ada juga kesalahan daripada diri saya sebab suami yang menceraikan isteri,” jelasnya.

Cat berkata demikian ketika ditemui sewaktu majlis pelancaran dan sidang media Jelajah Suria FM Anggung Cotton Collection yang berlangsung semalam.

Menurut Cat, dia mengambil keputusan untuk berdiam diri buat sementara waktu bagi mencari jalan untuk berdamai memandangkan masing-masing dalam keadaan emosi ketika berlakunya penceraian.

Bagaimanapun, jelasnya jalan damai yang dicari tidak berjaya memandangkan bekas isterinya itu terus keluar rumah dan kini menetap bersama keluarga.

“Mengenai isu talak itu, sikap saya yang suka cakap berulang-ulang kali menyebabkan saya disangka melafazkan talak tiga. Apatah lagi semuanya berlaku terlalu pantas,” ujarnya.

Sebelum ini, Suriani mendakwa Cat telah melafazkan cerai sebanyak tiga kali dalam satu masa pada Disember lalu dan usia perkahwinan mereka hanya bertahan selama dua tahun tanpa dikurniakan cahaya mata. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button