Cerita Artis
25/03/2023
Penyanyi popular Harris Alif kini tampil dengan single terbaru berjudul Terindah yang membawa seribu satu makna untuk dirinya. Seperti lagu-lagunya sebelum ini, Terindah juga mempunyai kisah tersendiri di mana Harris mendedikasikan lagu ini kepada anaknya, Evie Khadeeja. Menurut Harris, dia mengalami detik indah dan pengalaman menarik apabila menerima berita tentangkehamilan isterinya, pelakon Intan Ladyana ketika merakamkan lagu ini. Justeru, tidak hairan mengapa ia diletakkan tajuk Terindah. “Selepas mendengar demo yang diberikan daripadapihak Sony Music, saya pun terima untuk menyanyikanlagu ini, jalan ceritanya juga berkait dengan dua lagu saya sebelum ini iaitu Anugerah dan Permaisuri. “Saya merakamkan lagu ini tak lama selepas sayakahwin, dan ketika merakamkannya juga, saya terima berita isteri saya hamil cahaya mata pertama kami. “Walaupun terjadi secara kebetulan, namun sayamemilih untuk mendedikasikan lagu ini untuk anaksaya. Tak dapat digambarkan betapa saya berasa…