AntarabangsaHollywood

Celine Dion ‘Bash’ Peminat Yang Kutuk Badannya Terlalu Kurus

Penyanyi bersuara merdu, Celine Dion, 51, akhirnya bersuara apabila ada di kalangan peminatnya yang menghina tubuh badannya yang kini dikatakan terlalu kurus.

Menurut Celine, dia selesa dengan keadaan fizikalnya malah akan terus lebih bereksperimentasi dengan fesyen semasa bagi memastikan kemunculannya sentiasa relevan di mata peminat.

“Kalau anda rasa saya terlalu kurus, tak perlu risau, jangan ambil gambar dengan saya. Sebaliknya, jika anda tak kisah (dengan tubuh badan saya), saya rela hati untuk bergambar dengan anda. Kalau tak suka, jangan kacau saya,” luah pelantun lagu My Heart Will Go On itu.

Sejak kematian suaminya, Rene Angelil pada tiga tahun lalu, citarasa fesyen Celine juga dikatakan sudah semakin berubah di mana dia kini dilihat lebih banyak memakai pakaian yang terlalu mendedahkan.

“Jika dulu saya lebih selesa berpakaian agak konservatif dan tertutup tapi kini saya buat ini untuk saya. Saya hanya nak jadi seorang wanita yang kelihatan kuat, cantik, feminin dan seksi,” ujarnya.

Celine kini dikhabarkan sedang bahagia menyulam cinta dengan kekasih, seorang penari, Pepe Munoz yang muda 16 tahun daripadanya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button