AdvetorialKongsi

CEO Keyfield Menguruskan Perniagaan Berlandaskan Nilai Nilai Teras “RICH”

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Keyfield, Datuk Darren Kee mendedahkan dia berpegang teguh dengan nilai-nilai teras iaitu ‘RICH’ untuk berjaya sebagai pemimpin dalam menjalankan perniagaan sewaan kapal syarikat Keyfield.

Menurut Darren, R bermaksud ‘Respect’ (Hormat), I untuk Intergriti, C untuk ‘Contentment’ (Bersyukur) dan H untuk ‘Humanity’ (Berperikemanusiaan).

“Contentment ini unik, agak berbeza dari korporat lain. Contentment bagi saya rasa bersyukur, berterima kasih dengan rezeki yang saya peroleh. Bukan puas, saya masih ingin teruskan perkembangkan perniagaan,” katanya.

Dari segi berperikemanusiaan, Keyfield mempunyai tagline tersendiri – Keriangan Berkongsi (Joys of Sharing). Ini merupakan salah satu ciri kemanusiaan yang amat penting dalam budaya kerja Keyfield.

Menerusi podcast Apa Cerita? yang dikendalikan oleh Asyraf Khalid dan Ishraq Kamarudin, Darren berkata Keyfield giat dengan program CSR sejajar dengan tagline ‘Keriangan Berkongsi.’

“Kami membantu orang asli melalui sistem penapis air untuk mendapat air yang lebih bersih, membaik pulih surau dan gereja, memberi bantuan kepada anak yatim piatu dan golongan asnaf, menderma kepada persatuan basmi miskin, menolong golongan yang memerlukan pada musim perayaan. Amalan ini harus kita buat terutama apabila kita dalam keadaan lebih baik daripada orang lain.

“Dari segi kewangan, jika mampu, kita bantu. Inilah masanya kita beri balik kepada masyarakat,” ujarnya.

Kata Darren, amalan bersedekah ini sebenarnya untuk memperbaiki diri sendiri bukan mengharapkan balasan.

“Tetapi bukan bila kita bersedekah, kita mengharapkan balasan. Itu salah. Bila kita buat sedekah sebenarnya untuk perbaiki diri sendiri kerana kita diberi peluang untuk menolong orang lain.

“Saya ada baca satu buku berjudul Seeking A Life Balance. Antara nilai-nilai Islam dalam etika kerja adalah seperti Amanah, Ikhlas, Itqan dan Taaawun. Nilai seperti ini kita perlu amal dalam etika bekerja. 

“Kapal-kapal Keyfield juga diberi nama yang mencerminkan nilai nilai sedemikian, antaranya Keyfield Amanah, Keyfield Itqan, Keyfield Compasssion, Keyfield Kindness, Keyfield Grace.

“Bila seseorang itu bekerja, dia terima balasan seperti gaji dan pengiktirafan. Sebenarnya anda kena tahu kerja itu adalah ibadah.

“Anda perlu selesaikan tuntutan kerja sekurang-kurangnya mencapai apa yang dijangka dari tugasan yang diberi.

Selain itu, pengalaman mengatasi masalah kewangan semasa membina kapal di China pada tempoh gemelut kapal kerana kemerosotan industri minyak dan gas membuatkan Darren berpegang kuat kepada amanah dan menepati janji dalam dunia perniagaan.

Bagi Darren, tanpa amanah, tidak mungkin Keyfield dapat mencapai kejayaan seperti hari ini. 

Tambahnya lagi, seseorang perlu mendapat kepercayaan daripada orang lain sebelum menjadi seorang yang berjaya. Darren juga menekan konsep memanfaatkan orang lain sebelum memanfaatkan diri sendiri dalam bidang perniagaan.

“Sebagai CEO ini tidak sepatutnya sentiasa duduk dalam pejabat lama sangat. CEO patut keluar mencari perniagaan dan peluang baru. CEO patut peka terhadap struktur kos perniagaan, aliran wang tunai.

“Syarikat seharusnya mempunyai sistem yang baik untuk beroperasi dengan sendiri. Itulah yang kami cuba capai.

“Saya pengamal agama Buddha, salah satu amalan yang digalakkan adalah kurangkan “Keakuan Diri”.  Kedamaian Batin (Inner Peace) juga dapat membantu seseorang lebih tenang menjalankan tugas.

Sebelum menutup sesi bual bicara, Darren memberi nasihat kepada individu yang ingin menjadi versi diri yang lebih baik.

“Nasihat saya adalah jadilah orang yang lebih penyayang, lebih memahami. Bantu sebanyak yang anda boleh, jangan terlalu berkira sangat.

“Dalam hidup, banyak kebaikan yang anda buat, orang akan perhati dan menghargai.

“Yang paling penting, anda rasa bahagia dengan diri sendiri. Jangan terlalu banyak bergelut dengan diri sendiri. Hidup boleh jadi lebih tenang jika tidak terlalu bersaing. Ikhlas dan buat yang terbaik,” katanya lagi. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button