
Cerita Babak Rogol Dalam Filem Anak Halal Dalam Sebuah Program, Fauzi Nawawi Mohon Maaf Kepada Raja Farah & Suami
Pelakon popular Fauzi Nawawi membuat permohonan maaf kepada Raja Farah dan suami berhubung video yang viral mengenai kisahnya menceritakan babak rogol menerusi filem Anak Halal dalam sebuah program.
Fauzi menjelaskan program berkenaan sebenarnya sudah lama disiarkan dan dia sendiri tidak sangka apabila baru sekarang ia kembali dihebohkan.
“Saya nak mohon maaf kepada semua yang terkesan dengan video berkenaan, khususnya kepada Raja Farah, suami dan juga seluruh keluarga.
“Saya pun tak tau apa yang netizen marahkan sangat sampai maki saya, hantar mesej yang bukan-bukan. Alhamdulillah saya terima dengan lapang dada,” ujarnya.
Menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara tersebut, dalam program berkenaan dia telah diminta untuk bercerita tentang watak-watak lakonan yang pernah dilakonkannya.
Malah, pelakon berkenaan juga menyatakan ada meminta kepada pihak produksi agar dapat memotong bahagian yang sensitif semasa rakaman program tersebut.
“Habis sahaja rakaman saya dah minta pihak produksi untuk potong yang mana sensitif sebab masa kami bersembang antara lelaki ni, memang salah saya… Bila bersembang tak control, terlepas cakap dan terlepas nama Raja Farah.
“Sebenarnya, dorang tanya ni adalah pengalaman watak-watak yang saya pernah pegang. Ceritakan watak 13-14 tahun dulu… perompak, penjahat, perogol tu antara watak yang sinonim dengan saya,” ujarnya.
Jelasnya lagi, sebaik sahaja tamat rakaman dia tersedar bahawa ada benda yang patut dipotong supaya tidak ditayangkan.
Bagaimapun, program berkenaan sudah ditayangkan sebanyak dua kali dan Fauzi tidak menyangka baru sekarang ia diviralkan.
“Apa pun saya mengaku salah saya, saya jahil dan memang saya tak baik, tapi saya sedang memperbaiki diri saya untuk jadi lebih baik,” ujarnya.
Sebelum ini, Raja Farah serta suaminya telah memberi respon mengenai program berkenaan dan mereka menganggap ia perkara yang sangat memalukan.
Malah, suami Raja Farah menyatakan bahawa perbuatan Fauzi itu tidak menjaga aib dan kehormatan wanita. – KopiPlanet.com
* Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan