HiburanSelebriti

Chef Wan Tampil Mohon Maaf, Akui Tiada Niat Persendakan Agama Hindu

Cef selebriti popular, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan telah tampil memohon maaf gara-gara komen jenaka beliau mengenai gaun yang dipakai pelakon Bollywood, Aishwarya Rai.

Dalam satu kenyataan yang dibuat, Chef Wan menyatakan dia tiada sebarang niat mempersendakan agama Hindu atau bersikap perkauman.

“Bukanlah niat sebenar saya untuk bersikap perkauman, ataupun memburukkan agama Hindu. Sebagai seorang cef televisyen, saya sentiasa menghormati semua budaya dan agama di seluruh dunia.

“Berdosa yang ingat dan menuduh saya buat sedemikian sedangkan niat hati saya just relate that festival as its our own famous festival in this nation,” ujarnya.

Sebelum ini, cef berkenaan mendapat kecaman apabila komennya itu mengaitkan pakaian Aishwarya yang dipakai ketika Festival Filem Cannes dengan perayaan Thaipusam.

Susulan komen yang dibuat itu, Chef Wan telah mendapat kecaman hebat netizen, malah turut disiasat oleh pihak polis.

Pada masa sama, cef itu juga menyatakan dia hanya berjenaka menerusi komen berkenaan, namun ia telah disalah tafsir sehingga dirinya disiasat.

“Saya hanya berjenaka dan bercakap jujur namun komen saya disalah tafsir sampai polis pun terpaksa siasat kerana ada yang buat laporan.

“Saya tidak tahu sama ada nak ketawa atau menangis. Sejujurnya saya rasa rakyat Malaysia sekarang begitu sensitif dalam banyak perkara,” ujarnya.

Sehubungan itu, pihak polis mengesahkan bahawa Chef Wan sedang disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman berhubung satu hantaran dalam media sosial yang didakwa bersifat perkauman membabitkan Aishwarya Rai.

Komen Chef Wan yang menyatakan gaun dipakai Aishwarya seperti membawa kavadi ke upacara Thaipusam di Batu Caves, walaupun bersifat jenaka, telah menyebabkan reaksi pelbagai pihak sehingga memerlukan siasatan lanjut.

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button