
AntarabangsaHollywood
Chicago West Nama Anak Ketiga Kim Kardashian, Kanye West
Nama Chicago West menjadi pilihan sosialit terkenal, Kim Kardashian untuk diberikan kepada anak ketiganya.
Anak ketiga pasangan Kim Kardashian dan Kanye West itu dilahirkan menerusi kaedah ibu tumpang.
Dalam entri Instagramnya, Kim turut berkongsikan berat Chicago mencecah 3.4 kilogram saat dilahirkan baru-baru ini.
Kim walau bagaimanapun masih belum bersedia mendedahkan wajah anak perempuannya itu kepada umum dalam waktu terdekat ini.
Walaupun tidak menjelaskan kenapa nama Chicago dipilih, namun rata-rata peminat pasangan itu mengandaikan nama tersebut diberikan kerana ia merupakan tempat kelahiran Kanye.
Selain Chicago, Kim dan Kanye turut mempunyai dua cahaya mata lain iaitu North, 4, dan Saint, 2 tahun. – KopiPlanet.com
Apakah reaksi anda?
+1
+1
+1
+1
+1
+1
+1