
Chrissy Teigen Makan Uri Anak Elak Kemurungan Lepas Bersalin
Model yang juga isteri kepada penyanyi John Legend, Chrissy Teigen mempunyai cara yang tersendiri untuk mengelak daripada terkena penyakit meroyan yang sering kali dikaitkan dengan wanita yang baharu bersalin.
Menurut Teigen, 32, dia memakan uri anak keduanya, Miles Theodore bagi mengatasi masalah tersebut. Model berusia 32 tahun itu berkata selepas memakan uri dia berasa sangat gembira dan tidak mengalami kemurungan seperti yang lazim dikaitkan dengan wanita selepas bersalin.
Pengakuannya menerusi sebuah program tv itu kemudiannya mengejutkan hosnya, Rita Braver namun ia pantas dijawab Chrissy, “Ia bukan suatu perkara yang normal? Ia sangat biasa dilakukan di Los Angeles, di sini ada yang panggang uri sebelum makannya.”
Chrissy berkahwin dengan John pada 14 September 2013 dan hasil perkahwinan mereka mempunyai sepasang cahaya mata iaitu Luna Simone, 2, dan Miles Theodore yang kini berusia empat bulan. – KopiPlanet.com