Cerita ArtisHiburan

Chubb-E Dedahkan Babak Wanita Seksi Dalam Muzik Video Rambang Idea Asal Ibunya, Guna Khidmat Wanita Ukraine

Baru-baru ini penyanyi Chubb-E berhadapan dengan kecaman berhubung sebuah gambar yang memaparkan seorang wanita seksi yang tampil dalam muzik video lagu Rambang.

Menjelaskan perkara berkenaan, Chubb-E mengakui ia adalah idea asal ibunya sendiri dengan menggunakan khidmat wanita Ukraine untuk tampil dalam muzik video tersebut.

“Sebenarnya saya anak kecewa apabila babak itu dibuang memandangkan ia adalah idea asal ibu saya. Namun, ia terpaksa dibuang setelah mendapat kritikan netizen.

“Pada saya perkara berkenaan tidak seharusnya menjadi isu. Lagipun ada penyanyi seperti Joe Flizzow dan Caprice turut melakukan perkara yang sama,” ujarnya.

Chubb-E berkata demikian sewaktu ditemui semasa majlis berbuka puasa Ace Talents bersama anak-anak yatim dan perlancaran lagu OoTD Raya di Grand Barakah Hotel, Ampang baru-baru ini.

Menurutnya, babak berkenaan juga adalah satu gimik untuk lagunya itu, namun ia telah terdedah beberapa hari sebelum majlis pelancaran yang akhirnya terpaksa dibatalkan.

Malah, dia sememangnya mahu babak berkenaan terus dikekalkan, tetapi memikirkan apa yang berlaku dia terpaksa akur babak itu dibuang.

“Muzik video berkenaan dirakam pada bulan Februari lalu, tetapi bila sudah timbul isu babak itu terpaksa buang. Bagi saya, ia sememangnya tiada isu pun.

“Apabila babak itu telah dibuang, saya tetap mendapat kecaman netizen. Pada saya, ada segelintir netizen yang sensitif tidak bertempat,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
4
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button