FilemTerkini

Cikgu Vs Hantu Bongkar Kisah Misteri Kematian Guru Di Sebuah Sekolah

Filem komedi seram terbaru Cikgu Vs Hantu menjadi taruhan pertama oleh pengarah, pelakon, penyanyi berbakat besar serta pemenang Pelakon Wanita Terbaik melalui Festival Filem Malaysia ke-22, Liyana Jasmay dalam genre komedi seram.

Ternyata ia memperlihatkan keupayaan Liyana dalam tampil sisi berbeza dalam pengarahan kerana terdahulu beliau lebih fokus dalam mengangkat genre romantik komedi atau kisah remaja.

Menariknya, filem ini bukan sekadar mengetengahkan elemen komedi dan seram, tetapi jalan ceritanya turut mengajak penonton mengimbau kenangan-kenangan di sekolah, lebih lagi kisah-kisah misteri. 

Penerbit Eksekutif Cikgu Vs Hantu dan Wakil Mermaid Studios, Adriana Jasmay berkata, dia berasa teruja untuk mempersembahkan filem Cikgu VS Hantu kepada penonton.

“Ini adalah kali pertama kami tampilkan genre komedi seram dan memang tidak dinafikan ada cabaran dalam menyempurnakan naskhah ini.

“Antaranya, sesi penggambaran dijalankan ketika fasa pandemik, jadi banyak limitasi dan garis panduan yang perlu dipatuhi,” ujarnya.

Adriana berkata, ntara daya tarikan utama filem ini adalah barisan pelakon yang membintanginya. Ia menyaksikan buat julung kali pelakon hebat Malaysia Dato Afdlin Shauki digandingkan bersama Khir Rahman dalam sebuah filem.

Selain itu, jelasnya pelakon lain yang turut menjayakan filem ini adalah Che Puan Juliana Evans, Zahiril Adzim, Shuk Sahar, Fathil Dani, Mohd Fadhli Masoot, Muhamad Muntazar Ghani dan penampilan istimewa Syafiq Kyle. 

Cikgu Vs Hantu mengisahkan tentang permusuhan di antara Cikgu Daud dan Cikgu Samad dalam merebut untuk menjadi cikgu terbaik.

Namun, persaingan tersebut telah merapatkan hubungan mereka tanpa sedar apabila muncul hantu Cikgu Syima dan Ismail. Kematian Cikgu Syima dan Ismail di sekolah mereka meninggalkan tanda tanya siapakah dalang yang membunuh mereka. 

Sementara itu, Liyana Jasmay selaku pengarah turut berkongsi rasa gembira filem arahan pertamanya untuk OTT akan menemui penonton.

“Kali ini saya ingin pertaruhkan kelainan dalam bakat pengarahan dengan memberi sentuhan berbeza dalam genre komedi seram. Bekerjasama sekali lagi dengan Dato Afdlin Shauki, Khir Rahman, Che Puan Juliana Evans, Zahiril Adzim serta pelakon lain pastinya memberi pengalaman menarik.

“Setelah menghasilkan filem ini, ia menyuntik semangat saya untuk menyahut lebih banyak cabaran dalam menghasilkan variasi filem. Dalam pada itu, istimewanya filem ini adalah jalan ceritanya dekat dengan penonton iaitu ‘sekolah’. Malah, naskhah ini turut mengangkat golongan guru yang sentiasa berusaha memberikan yang terbaik dan menonjolkan sikap bersaing secara sihat,” ujarnya.

Saksikan filem komedi seram Cikgu VS Hantu yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 8 September 2022. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, TikTok, Facebook, Twitter Astro First, Astro Shaw dan Astro Gempak. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button