Cerita ArtisHiburan

Cinta Berputik Di Pentas GV7… Ashira Aziz Kini Sah Bergelar Isteri Kepada Bad Indigo

Finalis Gegar Vaganza 7 (GV7), Ashira Aziz kini sah bergelar isteri kepada penyanyi Bad Indigo setelah melangsungkan pernikahan pada petang tadi.

Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh Bad menerusi akaun Instagram miliknya.

“Alhamdulillah, bergelarlah saya sang suami kepada @ashiraaziz. Syukur ya Allah, kau permudahkan segala perjalanan majlis.

“Kehadiran keluarga kami lebih memberi makna. Tq so much team production @gegarvaganzaofficial,” tulisnya.

Ashira atau nama sebenarnya Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz selamat bernikah dengan dua kali lafaz bersama Badrul Izhan Yeop Abdullah pada pukul 2.45 petang  hari ini bertempat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Pasangan ini dinikahkan oleh bapa Ashira sendiri, Syed Abdul Aziz bin Syed Alwi. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
11
+1
3
+1
2
+1
1
+1
1
+1
5
+1
4

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button