AntarabangsaHollywood

Muak Jadi Juri Punca Christina Aguilera Tinggalkan The Voice

Juri dan tenaga pengajar program realiti pencarian penyanyi The Voice, Christina Aquilera akhirnya mendedahkan sebab sebenar dia mengambil keputusan untuk meninggalkan rancangan TV itu selepas sekian lama menduduki kerusi panas tersebut.

Menerusi satu temubual dengan majalah Billboard, Christina mendedahkan dia sudah ‘muak’ untuk bergelar tenaga pengajar program tersebut.

“Saya tidak memasuki industri seni untuk menjadi seorang juri program tv dan diberikan pelbagai peraturan untuk diikuti. Saya rasa rimas dan terikat.

“Dalam program itu, saya diberi peraturan tidak boleh pakai itu dan ini. Ini bukanlah satu program untuk mencari bakat baharu dalam industri muzik, sebaliknya lebih kepada untuk teknik pemasaran sesebuah stesen televisyen itu,” dedahnya.

Christina menjadi tenaga pengajar The Voice pada tiga musim terawal, musim kelima, kelapan dan juga ke-10.

Dia mula menyertai progam itu bersama-sama tenaga pengajar asal seperti CeeLo Green, Adam Levine dan Blake Shelton.

The Voice yang kini memasuki musim ke-14 menampilkan senarai tenaga pengajar Adam Levine, Blake Shelton, Alicia Keys dan Kelly Clarkson. Ia disiarkan oleh saluran NBC. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button