HiburanSelebriti

Dakwa Dirinya Jadi Mangsa Fitnah, Ebit Lew Buat Laporan Polis Sebaik Pulang Dari Jeddah

Baru-baru ini, terdapat beberapa siri pendedahan yang dibuat seorang gadis dari negara sebarang kepada seorang selebriti berkenaan sikap Ebit Lew.

Sehubungan itu, Ebit yang baru sahaja pulang ke Malaysia pada malam tadi telah membuat satu laporan polis setelah mendakwa dirinya difitnah.

“Bismillah. Baru sampai dari Jeddah 12malam tadi terus ke Balai Polis buat report mengenai fitnah-fitnah melampau yang langsung tidak berasas ke atas saya.

“Saya serahkan pihak polis untuk mengambil tindakan. Saya juga telah menyerahkan kepada pihak peguam saya untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.

Sebelum ini, seorang gadis bertatu yang dikenali sebagai Mondy mendedahkan bahawa dirinya telah diraba Ebit serta disuruh untuk berlakon sedang solat dan membaca Al-Quran.

Dalam pada itu, terdapat segelintir netizen yang menyokong tindakan Ebit membuat laporan polis, malah menyarankan agar lebih berhati-hati sebelum memberi bantuan kepada seseorang.

Untuk makluman, gadis berkenaan telah menerima kritikan hebat netizen apabila dia kembali ke imej asal tidak bertudung selepas dua bulan ‘dibantu’ oleh Ebit dan pernah mendedahkan bahawa dia menyaksikan kejahatan sebenar pendakwah tersebut. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button