Cerita ArtisHiburan

Dakwaan Palsu Rumah Tangga Berantakan, Mawi & Isteri Buat Laporan Polis

Penyanyi popular, Mawi dan isterinya, Ekin menyatakan mereka telah membuat satu laporan polis berhubung dakwaan palsu mengenai rumah tangga mereka yang dikatakan berantakan.

Menerusi laporan Astro Gempak, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, tindakan itu dibuat kerana ada pihak tidak bertanggungjawab telah menyebarkan fitnah tersebut.

“Ya, saya buat laporan polis di Bangi, semalam. Ia berkaitan berita palsu yang disebarkan oleh pihak itu mengenai rumah tangga saya. 

“Jadi, kami serahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan,” katanya.

Ditanya sama ada pihak yang menyebarkan fitnah itu cuba menghubunginya selepas dia membuat laporan polis, Mawi bagaimanapun memaklumkan dia tidak menerima sebarang panggilan. 

Sebelum ini, Mawi menerusi akaun Instagramnya meluahkan rasa kesal dengan penyebaran berita palsu membabitkan rumah tangganya. 

Mawi berkata, berita tular yang tersebar di platform digital dan media sosial itu sekali gus menimbulkan persepsi terhadap mereka. – KopiPlanet.com

Kredit artikel: Astro Gempak

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button