HiburanSelebriti

Dalam Borang Tulis Urusan Kerja, Safiey Illias Sebenarnya Balik Kampung Berehat Dengan Ibu & Bapanya???

Usahawan dan selebriti Safiey Illias menimbulkan keraguan berhubung borang kebenaran untuk merentas negeri.

Dalam posting di Instagram, Safiey menunjukkan borang yang ditulis atas urusan, tetapi menerusi caption yang ditulis, dia pulang ke kampung untuk berehat bersama ibu dan bapanya.

“KL – Pahang. Ratu akhirnya akur dan buat keputusan untuk balik ke Pahang berehat dengan mak dan ayah untuk fix my mental health problem. Dulu ego, dah hampir setahun ratu tak balik kampung. 

“Keluarga adalah segala2nya. Mereka sahaja yang tidak akan mengkhianati kita. Ni bukan saja-saja nak mohon rentas negeri ya sayang, just ratu sangat memerlukan support moral keluarga dan berehat seketika sebelum dapat balik ke KL balik. Doakan ratu agar dpt segera baik,” tulisnya.

Biarpun menyatakan dia memerlukan sokongan keluarga untuk memulihkan kesihatan mentalnya, namun tindakan menulis urusan di borang berkenaan menimbulkan pertikaian.

Malah, rata-rata netizen telah mengecam tindakan berkenaan dan tidak wajar dia menulis alasan urusan kerja dan berkongsi borang berkenaan di laman sosial. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
3
+1
13

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button