Damian & Shah Undur Diri, Kumpulan VE Kini Hanya Tinggal Berempat
Kumpulan R&B yang terkenal Voices Of Euphonious atau VE kini hanya tinggal berempat setelah pengunduran dua orang ahlinya iaitu Damian Mikhail (Damian) dan Shahrin Amir Mohd. Shaharudin (Shah).
Perkara tersebut telah diumumkan sendiri menerusi satu perkongsian di laman Instagram kumpulan itu.
“Notice: Akaun ini bukan lagi official IG untuk V.E 2021. Damian dan Shah dgn rasminya telah mengundur diri dan bukan lagi ahli V.E.
“Boleh follow akaun IG V.E terbaru @_veofficial utk updates terkini V.E. Semoga perjuangan diteruskan dan dipermudahkan. Terus support dan doakan terbaik,” tulisnya.
Dengan pengunduran dua anggota, VE kini hanya dianggotai Abdul Mutalib Nahar (Adeep), Charma Adizalilullah Abdul Khalil (Cham), Luqman Hakim Ahamed Shaker (Hakim) dan Zafri Nazarudin (Zaf).
VE merupakan sebuah kumpulan R&B yang ditubuhkan sekitar akhir 90-an dan cukup terkenal menerusi lagu Ayu. – KopiPlanet.com