HiburanSelebriti

Dapat Peluang Datang Ke Kuala Lumpur, Mimi Peri Tak Dapat Tidur Lena Selama Sebulan

Berpeluang dapat berlakon dalam filem Mat Tudung Begins, ternyata ia menjadi kenangan terindah buat influencer terkenal Indonesia, Mimi Peri apabila dapat menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur.

Mimi Peri berkata, selama ini dia tidak pernah ada peluang pergi ke luar negara, malah mahu datang ke Malaysia merupakan salah satu impiannya.

“Sebelum ini saya tidak pernah ke luar negara, jadi memang saya tidak memiliki pasport, Apabila mahu datang ke sini (Malaysia), Datuk Fizz meminta saya buat passport.

“Saya tidak tahu hendak gambarkan perasaan apabila diterbangkan ke Kuala Lumpur sehinggakan saya tidak boleh tidur lena selama sebulan kerana memikirkan penerimaan orang Malaysia terhadap saya,” ujarnya.

Mimi Peri berkata demikian ketika ditemui semasa majlis tayangan perdana filem Mat Tudung Begins yang berlangsung baru-baru ini.

Dalam pada itu, influencer yang sinonim dengan perkataan ‘sahur’ itu juga teruja apabila ramai yang ingin beramar dengannya ketika berjalan-jalan di KLCC.

“Selama ini saya hanya dapat melihat bangunan KLCC di kaca televisyen sahaja, tetapi sekarang saya dapat datang dan bergambar di hadapannya.

“Malah, ketika berada di sana ramai juga yang mahu bergambar dan saya anggap ia satu kenangan yang paling sukar untuk dilupakan,” jelasnya.

Dalam filem Mat Tudung Begins, Mimi Peri memegang watak sebagai penasihat kepada Johari dan Sabri yang dilakonkan Datuk Fizz Fairuz dan Achey.

Selain itu, filem berkenaan turut menampilkan barisan pelakon seperti Isyariana, Mariam DurianKimchi, Kazar Saisi dan ramai lagi.

Filem sulung arahan Fizz Fairuz itu akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 3 Ogos ini. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button