Daphne Iking Akui Terima Banyak Pertanyaan Tentang Dirinya Yang Kini Dikatakan Sudah Berhijab
Pelakon dan pengacara, Daphne Iking mengakui telah menerima banyak pertanyaan mengenai dirinya yang dikatakan kini sudah berhijab.
Menerusi satu perkongsian video di Insta Story, Daphne menyatakan dia akan membuat satu kenyataan berhubung perkara tersebut.
“Saya menerima banyak mesej yang bertanyakan sama ada saya sudah berhijrah, adakah saya sudah berhijab, adakah saya sudah bertudung, adakah saya muslim.
“Mungkin saya akan nyatakan perkara berkenaan kepada semua dalam satu sesi live yang lain,” jelasnya.
Sebelum ini, Daphne dilihat memuat naik video dan gambar yang menampilkan dirinya bertudung sehingga menimbulkan tanda tanya sama ada dia sudah berhijrah.
Umum mengetahui bahawa Daphne memeluk agama pada tahun 2011 dan mendirikan rumah tangga bersama Azmi Abdul Rahman dan dikurniakan empat orang cahaya mata. – KopiPlanet.com
Kredit Foto: Instagram Daphne Iking