HiburanSelebriti

Dato Seri Vida Dah Jumpa PA Baharu, Dikenali Sebagai Abang Qu Serta Miliki Sedikit Sifat Pemalu

Usahawan selebriti popular, Dato Seri Vida atau DSV akhirnya memperkenalkan pembantu peribadi (PA) baharu setelah melakukan pencarian sebelum ini.

Dalam satu perkongsian di Instagram, DSV memberitahu bahawa PA baharunya itu telah dikenali sebagai Abang Qu.

“PA baru saya (Abang Qu). Buat yang baru ikuti saya, dah lama saya cari PA untuk bantu saya. Ramai yang hantar resume. MasyaAllah…semua hebat hebat..

“PA baru saya ni @abgqu1 pemalu sikit orangnya. Saya pula jenis yang Happy sokmo haha. Ntah tak tahu macam mana nanti. Doakan ye, semoga kemasukan dia memberi barokah,” tulisnya.

Pada masa sama, DSV turut memberi kata-kata nasihat buat PA baharunya itu dah berharap agar perniagaannya akan terus memberikan manfaat kepada semua.

“Rezeki semua rahsia Tuhan, tak tercepat tak terlambat. Mana la tahu yang komen di positif positif di posting ini dapat Rezeki (Hadiah) dari saya? Tiber haha. InsyaAllah doakan tau perniagaan QuPuteh saya berikan manfaat kpd semua orang.

“Kehadapan PA baru saya Abang Qu, kerja baik baik, dikasihi team QuPuteh .🍅🍅 Teruskan semangat untuk sama sama kami memberi manfaat kepada semua. Aaminn,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button