HiburanSelebriti

Dato Seri Vida Mahu Sesiapa Yang Mengutuk & Menghina Dirinya Supaya Sama-Sama Membantu

Usahawan selebriti popular, Dato Seri Vida atau DSV menyeru supaya mereka yang menghina dan mengutuk dirinya supaya sama-sama membantu menghulurkan sumbangan buat mereka yang memerlukan.

Dalam satu posting di Instagram, usahawan berkenaan turut berkongsi barang-barang bantuan yang akan diagihkan.

“Alhamdulillah Trip harini untuk yang betul betul memerlukan di sekitar kawasan Ipoh perak. Saya pun dah lupa ini trip ke berapa dah sebelum ni saya hanya hantar team saya sahaja. Rezeki Dari Allah kepada saya, saya agih-agihkan. InsyaaAllah. 

“Kepada sesiapa yang mengutuk / Menghina saya. Yang kononnya berlumba lumba nak jadi hero? Hanya pandai menghentam tu harap anda pun sama sama membantu okay,” tulisnya.

Sebelum ini, DSV telah mendapat kecaman segelintir netizen berhubung kenyataan yang dibuatnya tentang kempen kibarkan bendera putih.

Berdasarkan kenyataannya itu, DSV mengatakan mereka yang terjejas seharusnya berusaha keras daripada bergantung dengan bantuan bendera putih dan bukannya menjadikan pendapatan terjejas disebabkan PKP sebagai alasan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
1
+1
2

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button