HiburanSelebriti

Dato Seri Vida Mohon Hentikan Fitnah Terhadap Iqbal Yang Dituduh Mahukan Duit & Harta Miliknya

Usahawan popular, Dato Seri Vida atau DSV memohon agar semua pihak supaya menghentikan segala fitnah yang menuduh Iqbal mahukan duit dan harta miliknya.

Dalam satu video yang dimuatnaik oleh Dato Seri Vida, beliau juga turut memohon maaf berkali-kali atas apa yang telah berlaku.

“Saya mohon kepada semua rakyat Malaysia, cukuplah memfitnah Iqbal yang kata dia nak duit saya… tidak sekali-kali.

“Apa yang dia buat kat Instagram dia tu, kata saya macam-macam tu, saya ikhlas memaafkan dan saya harap apabila Iqbal mendengar apa yang saya cakap ini, maafkan saya atas kekhilafan saya,” ujarnya.

Sebelum ini, hasrat DSV dan Iqbal untuk mendirikan rumah tangga seakan sukar untuk menjadi kenyataan apabila timbul beberapa isu.

Antara isu yang paling besar apabila hasrat mereka berdua tidak mendapat restu anak-anak DSV terutama sekali Cik B, selain Iqbal turut dituduh inginkan duit dan harta DSV.

Pada masa sama, usahawan berkenaan juga menyatakan bahawa dirinya ikhlas untuk menjadikan Iqbal yang juga bekas pembantu peribadinya itu sebagai suami.

“Saya ikhlas menerima Iqbal atas keikhlasan dia untuk menerima saya. Saya yakin dia adalah jodoh saya,” ujarnya. – KopiPlanet.com

* Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
3
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button