HiburanSelebriti

Dato Sri Vida Minta Supaya Mana-Mana Pihak Tidak Mengapi-Apikan Isu Babitkan Ebit Lew & Caprice

Usahawan selebriti, Dato Sri Vida atau DSV meminta supaya mana-mana pihak tidak mengapi-apikan kisah perbalahan antara Ustaz Ebit Lew dan Caprice.

Dalam satu video yang dimuatnaik di Instagram, DSV meminta jangan lagi keruhkan keadaan terhadap apa yang berlaku.

“Jangan mengapi-apikan kisah ini kerana ia akan menegangkan lagi keadaan, meretakkan hubungan antara Ustaz Ebit Lew dan Caprice.

“Dua-dua ini adalah ikon Malaysia yang membawa nama di Palestin. Kita chill dan bertenang, jangan mengapi-apikan dan provok sini sana,” jelasnya.

Ujarnya, dalam keadaan Covid-19 di negara ini yang masih belum selesai, seboleh-bolehnya jangan keruhkan lagi keadaan.

“Please…. please… kita tak habis lagi dengan Covid-19, jangan jadikan penyakit ini menambah pening kepala jabatan netizen.

Baru-baru ini, timbul perbalahan membabitkan kedua-dua individu berkenaan menerusi pendedahan yang dibuat oleh Caprice menerusi Insta Story miliknya.

Beberapa dakwaan telah dibuat oleh Caprice yang sehingga kini tidak dapat masuk ke Gaza, Palestin.

Selain itu, penyanyi berkenaan juga menyatakan akan membuat pendedahan pada 21 Julai ini. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button