EventHiburan

Debaran Berakhir… Lagu Gila Telah Dinobatkan Sebagai Juara AJL 35

Acara Anugerah Juara Lagu 35 (AJL 35) mengakhiri kemuncak apabila lagu Gila yang dipersembahkan oleh Kaka Azraf, Loca B dan Noki telah dinobatkan sebagai juara.

Ternyata lagu ciptaan Noki, Loca B dan Ezra Kong itu berhasil menewaskan 11 buah lagu lain, sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi.

Berada di kedudukan naib juara pula adalah lagu ciptaan Aina Abdul iaitu Semalam yang dinyanyikan sendiri olehnya, manakala tempat ketiga pula menjadi milik lagu Belenggu Rindu nyanyian Datuk Jamal Abdillah dan Wany Hasrita hasil ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong.

Untuk pemenang naib juara membawa pulang hadiah wang tunai RM35,000 berserta trofi dan tempat ketiga pula meraih hadiah wang tunai RM20,000 berserta trofi.

Bagi kategori Vokal Terbaik pula menjadi milik Ernie Zakri (Gundah) manakala Persembahan Terbaik dimenangi Zizi Kirana (Eh). Pemenang kedua-dua kategori berkenaan membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 dan trofi.

Setiap persembahan finalis AJL 35 dinilai oleh sepuluh juri profesional tanah air yang diketuai oleh Datuk Mokhzani.

Selain itu, barisan juri yang terbabit adalah Azmeer, Ajai, Datuk Syafinaz, Edrie Hashim, Helen Yap, AG Coco, LY, Datuk Acis dan Lukhman S. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
1
+1
0
+1
1
+1
0
+1
6
+1
6

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button