HiburanSelebriti

Deborah Henry Persoal Kenapa Wanita Islam Di Malaysia Tidak Boleh Sertai Pertandingan Miss Universe

Pertandingan Miss Universe 2021 baru sahaja berakhir di mana Miss Mexico iaitu Andera Meza telah dinobatkan sebagai juara.

Di sebalik kisah mengenai Miss Universe, terdapat seorang bekas peserta iaitu Deborah Henry yang telah mempersoalkan kenapa wanita Islam di Malaysia tidak dibenarkan menyertai pertandingan tersebut.

“Mengapa muslim di Malaysia tidak boleh menyertai Miss Universe? Jika ia berkaitan pemakaian bikini, mereka boleh memakai bodysuit bertutup penuh.

“Bukankah itu penyelesaian kepada fatwa. 2021! Sudah tiba masanya semua wanita dapat mewakili Malaysia di pentas Miss Universe,” tulisnya.

Sebelum ini, Deborah pernah menyertai pertandingan Miss World pada tahun 2007 dan kemudian bertanding di Miss Universe 2011 empat tahun kemudian.

Dalam pada itu, Deborah juga menyatakan bahawa sudah tiba masanya keputusan yang dibuat sebelum ini (tidak membenarkan wanita Islam bertanding) dinilai semula.

“Adalah satu penghormatan untuk mewakili negara kita, Malaysia di pentas antarabangsa.

“Sudah tiba masanya semua wanita kita dibenarkan untuk memilih. Saya rasa kita perlu menilai semula keputusan ini,” ujarnya. – KopiPlanet.com

***Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan

Kredit Foto: Instagram Deborah Henry

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
3
+1
1
+1
2
+1
2
+1
2
+1
19

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button