
AntarabangsaBollywood
Deepika Dikecam Netizen Gara-Gara Muat Naik Foto Bekas Kekasih
Pelakon Deepika Padukone baru-baru ini menerima kecaman daripada netizen gara-gara tindakannya memuat naik gambar bekas teman lelakinya, aktor Ranbir Kapoor.
Deepika dipercayai meletakkan gambar itu di laman Instagramnya kerana ingin meraikan Hari Fotografi Sedunia. Foto kontroversi itu memaparkan aksi Ranbir duduk di atas puncak gunung sambil Deepika sedang mengambil gambarnya.
Kebanyakan netizen menyifatkan Deepika sengaja mencari perhatian dengan berkongsi gambar bekas kekasihnya itu biarpun dia kini sudah bahagia dengan kekasih baru, Ranveer Singh.
Foto itu diambil ketika Deepika masih lagi bercinta dengan Ranbir. Mereka berpacaran pada 2008 sebelum berpisah dua tahun selepas itu. – KopiPlanet.com
Apakah reaksi anda?
+1
+1
+1
+1
+1
+1
+1