Cerita ArtisHiburan

“Dia Cakap Anak Dia Lawa” – Zizan Razak Didatangi Seorang Wanita Mahu Jadikan Dia Menantu

Ketika ini, semua sudah maklum tentang pelawak popular Zizan Razak yang kini terbabit dengan misi bantuan bersama MAPIM Malaysia.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Zizan telah berkongsi satu perkara yang agak melucukan apabila didatangi seorang wanita yang ingin menjadikannya sebagai menantu.

“Tengah tengah hantar bantuan tadi tiba tiba datang sorang akak ni jadikan saya menantu dia.

“Dia cakap anak dia lawa. Saya terus terdiam dan tertanya pada diri saya ‘nak terus hantar bantuan atau hantar hantaran?’  Korang rasa???” tulisnya.

Dalam pada itu, rata-rata yang memberi komen terhibur dan ada yang menyatakan agar Zizan turut menghantar hantaran.

Ketika ini, pelawak berkenaan antara barisan artis yang dilihat turun padang untuk memberi bantuan kepada golongan memerlukan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button