HiburanSelebriti

“Dia Dia… Aku Aku… Aku Tidak Ditakdirkan Untuk Jadi Seperti Ustaz Ebit Lew” – Dato Seri Vida

Usahawan kosmetik terkenal, Dato Seri Vida atau DSV tidak mahu ada yang membanding-bandingkannya dengan Ustaz Ebit Lew berkenaan pemberian sumbangan.

Dalam perkongsian video di Instagram, DSV menjawab pertanyaan seorang netizen apabila dibandingkan dengan pendakwah berkenaan.

“Ini bare tak kena bare. Ustaz Ebit Lew tu ustaz Ebit Lew lah. Dia dia… aku.. aku… Aku tidak ditakdirkan untuk jadi seperti Ustaz Ebit Lew.

“Aku adalah DSV, bermula daripada susah sampai jadi senang. Aku berkat berusaha, berikhtiar, bertawakal dan berdoa,” ujarnya.

Jelas DSV dalam video itu lagi, setiap manusia yang diciptakan juga adalah tidak serupa.

“Orang tidak sama diciptakan, kalau diciptakan serupa tak adalah orang susah, tak adalah orang kaya,” ujarnya.

Baru-baru ini, DSV telah dikencam segelintir netizen berkenaan dengan kempen kibarkan bendera putih.

Dalam kenyataan yang dibuatnya, DSV menyatakan mereka yang terjejas seharusnya berusaha keras daripada bergantung dengan bantuan bendera putih dan bukannya menjadikan pendapatan terjejas disebabkan PKP sebagai alasan. – KopiPlanet.com

* Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan

Apakah reaksi anda?
+1
2
+1
0
+1
0
+1
2
+1
1
+1
2
+1
5

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button