Cerita ArtisHiburan

“Dia Selalu Support Apa Saja Yang Saya Buat, Love You B…” – Zulin Aziz

Pelakon Zulin Aziz menjelaskan tentang gambar dirinya bersama seorang jejaka yang dimuat naik di Instagram baru-baru ini.

Zulin berkata, jejaka berkenaan bukanlah pelakon dalam muzik video atau pelakon untuk mempromosikan perniagaannya.

“Aduh nak tergelak baca comment. Dia bukan pelakon dalam MV. Bukan juga pelakon utk promo bisnes saya

“Kami sama2 cari rezeki. Sama2 nak bina masa depan yg indah,support la bisnes kami ya? @sambaltujuh_hq . Doa yang baik2, inshaAllah. Kami sedang usaha cari rezeki sama-sama. Semua ada impian dan cita-cita,” tulisnya.

Selain itu, panggilan ‘B’ terhadap jejaka yang bernama Farhan itu juga seperti menguatkan lagi bahawa mereka adalah pasangan kekasih.

Malah, Zulin turut memberitahu bahawa dia dan Farhan sudah bersama sejak dirinya berisi lagi.

“Farhan dengan saya masa saya berisi lagi. Takde istilah dah kurus baru nak ada marka.. dia selalu support apa saja yg saya buat termasuklah nak meniaga ni. Love you b ❤️.

“Maaf rakan-rakan media, bukan nak mengelat untuk jawab cuma cerita kami biarlah kami berdua saja simpan. Nanti dah kawen sembang lain naa? Thank you,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
3
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button