Cerita ArtisHiburan

“Dia Tak Pernah Berpura-Pura & Tak Hipokrit” – Zoey Rahman Akui Berkawan Rapat Dengan Zarina Anjoulie

Usahawan dan pelakon terkenal, Zoey Rahman mengakui dia dan Zarina Anjoulie masih berkawan rapat ketika ini.

Zoey berkata, dia sememangnya selesa berkawan dengan Zarina dan pernah sama-sama menjalani penggambaran dahulu.

“Saya selesa dengan dia sebab dia tak pernah berpura-pura dan tak hipokrit.. Apa yang kita nampak itulah dia yang sebenar. Sejak awal saya kenal dia masa kami pernah shooting sama dulu dia memang macam tu.

“Di sebalik sikap dia yang loud. Dia sebenarnya baik. Bukan saya je yang cakap malah rata2 komen pengikut IG dia komen anju ni baik sbnrnya. Dia bnyk bantu orang. Cuma yg kita nampak hanyalah luaran dia,” ujarnya ketika dihubungi KopiPlanet menerusi pesanan di What’s App.

Ketika ini, ramai yang tertanya-tanya tentang status mereka berdua lantaran masing-masing sering memuat naik posting yang menggambarkan seolah-olah mereka sedang bercinta.

Zoey berkata, dia lebih suka berkawan dengan orang seperti Zarina, berbanding jenis hipokrit yang hanya luaran nampak baik tetapi dalaman sebenarnya lain.

Ujarnya lagi, dia dan Zarina sudah lama berkawan, namun tidaklah rapat seperti sekarang.

Pada masa sama, dia tidak kisah terhadap tanggapan segelintir yang mengatakan kemesraan yang dipaparkan itu adalah strategi marketing semata-mata.

“Jika orang nak kata marketing ke apa ke tu hak masing masing nak fikir apa. Kalau nak bermarketing dalam berkawan lebih baik saya rapat dengan dato vida.

“Kalau nak fikir marketing, saya pernah dikaitkan dengan seorang penyanyi sebelum ini dan boleh guna peluang yang ada, tetapi saya memilih untuk menjauhkan diri supaya saya tidak dituduh menumpang populariti atau untuk marketing,” tegasnya.

Dalam pada itu, ketika ditanya tentang pelbagai kisah kurang menarik yang sering melanda Zarina, bagi Zoey dia tidak berhak untuk menilai diri seseorang itu.

“Siapa saya nak judge orang? Semua orang akan lalui zaman dan fasa melakukan kesilapan dalam hidup. Cuma antara aib itu nampak atau tidak. Tak semestinya seseorang itu selamanya begitu.

“Sampai masa sure setiap orang akan berubah jadi baik. Malah Allah tidak melihat siapa kita di awal. Tetapi bagaimana pengakhiran kita.

“Sebab itu saya tak berani nak judge orang. Lebih baik kita doakan yang baik-baik untuk semua orang yang dekat dengan kita. Moga doa itu juga berbalik pada kita,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain pula, Zoey mengakui perniagaan produk Mikaseries yang dijalankan sedikit terjejas dalam tempoh lockdown ini, terutama sekali jualan offline.

“Mikaseries ada dijual di Watson yang terletak dalam mall. So sedikit sebanyak terjejas juga kerana orang tak boleh pergi mall. Dan kalau ada pun bilangan hanya sedikit kerana tak boleh keluar beramai ramai.

“Apa pun saya bersyukur sebab mikaseries masih laris dan terjual di online shopee dan website kami. Mujur pos laju dan J&T masih boleh beroperasi,” ujarnya.

Menurut Zoey, sepatutnya dia sudah mula menjalani penggambaran drama episod Cinta, namun ia terpaksa ditangguhkan lantaran lockdown. – KopiPlanet.com

* Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
1
+1
0
+1
1
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button