Cerita ArtisHiburan

Diana Danielle Kunci Mulut, Enggan Komen Isu Peribadi

Pelakon Datin Diana Danielle, 27, mengambil pendekatan enggan mengulas lebih lanjut mengenai isu peribadi melibatkan dirinya dan juga keluarga.

Diana menjadi buruan ramai pihak sejak nama suaminya, Datuk Farid Kamil, 37, dikaitkan dengan kesalahan jenayah yang didakwa dilakukan pada pertengahan bulan lalu.

“Saya minta maaf, saya memang tak nak komen apa-apa perkara berkaitan peribadi,” katanya ketika ditemui pihak media sebaik selesai menjadi juri jemputan program Arena Bintang Bersama Bintang di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada malam Ahad.

Kes melibatkan lima pertuduhan terhadap Farid bakal disebut semula pada 5 Mac ini.

Terdahulu, Farid dibebaskan dengan bayaran ikat jamin sebanyak RM15,000 pada 16 Januari lalu di Kompleks Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

Mengikut pertuduhan, Farid didakwa atas lima kesalahan iaitu, mencederakan anggota polis, orang awam, menghalang penjawat awam melakukan tugas, berkelakuan tidak senonoh dan penyalahgunaan dadah.

Pasangan Diana dan Farid berkahwin pada 3 November 2012 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad, 5 dan Aurora, 3 tahun. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Datin Diana Danielle

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button