Cerita ArtisHiburan

Didakwa Langgar SOP Setelah Terima Ajakan Makan Durian, Jamal Abdillah Tampil Mohon Maaf

Penyanyi legenda pop tanah air, Datuk Jamal Abdillah membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung pelanggaran SOP setelah menerima ajakan memakan durian dan berkaraoke di sebuah ladang di Perak baru-baru ini.

Menerusi laporan portal utusantv.com (URTV), penyanyi berkenaan mengesali terhadap apa yang telah terjadi serta tidak mahu masyarakat mencontohi apa yang dilakukannya.

“Perkara ini adalah kelalaian saya sendiri apabila melanggar SOP dan kesilapan tersebut sangat saya kesali. Saya mohon maaf atas kelemahan yang datang daripada dirinya.

“Ketika mahu menjaga hati kawan-kawan, saya tidak sangka terlalai pula dan kurang peka terhadap SOP,” ujarnya.

Sebelum ini, polis mengesahkan akan memanggil seorang artis bergelar ‘Datuk’ bagi membantu siasatan berkenaan pelanggaran SOP setelah beberapa keping gambar tersebar di laman sosial.

Menceritakan tentang kejadian yang berlaku, penyanyi berkenaan memberitahu dia berada di ladang berkenaan untuk mendapatkan baja kolam ikan yang diusahakannya.

Jelas beliau, secara kebetulan, rakan-rakannya yang berada di lokasi sama mempelawanya untuk makan durian di dusun milik mereka.

“Memandangkan sekarang tengah musim durian, memang banyak buah yang gugur. Malah, saya juga dijamu dengan makanan tengah hari.

“Pada peringkat awal, hanya saya dan isteri serta pembekal baja dan pemilik dusun durian saja…tetapi tak tahu macam mana, mungkin rakan saya beritahu rakan-rakan lain yang Datuk Jamal ada di situ, tiba-tiba ia jadi ramai tapi tak ada lah melebihi 10 orang,” ujarnya.

Dalam pada itu, Jamal memberitahu dia sudah memberikan kerjasama kepada pihak polis setelah hadir ke Balai Polis Tapah, kira-kira pukul 1.30 petang tadi.

“Saya sudah beri keterangan seperti yang diminta pihak polis, manakala individu-individu lain dah dipanggil sejak semalam.

“Hal ini masih dalam siasatan dan saya tak berani mencampuri urusan pihak polis serta buat kesimpulan. Yang boleh saya katakan, saya mohon maaf pada semua,” jelasnya. – KopiPlanet.com

Kredit artikel: utusantv.com (URTV)

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button