Cerita ArtisHiburan

Difitnah Masih Hisap Dadah, Ameng Spring Bertindak Buat Laporan Polis Terhadap Dua Akaun Facebook

Penyanyi Ameng bertindak membuat satu laporan polis terhadap fitnah yang mengatakan dia masih menghisap dadah.

Menerusi satu perkongsian video di Instagram, laporan berkenaan dibuat terhadap dua pemilik akaun Facebook yang memfitnahnya.

“Saya membuat laporan polis terhadap dua individu terbabit kerana telah memfitnah dan cuba menjatuhkan nama baik saya di media sosial. 

“Kepada pemilik akaun Aduka Sufi dan Compa Kia, saya telah membuat laporan polis tentang anda kerana mengaib dan memfitnah saya,” katanya.

Sebelum itu, Ameng turut meluahkan rasa kecewa dengan tohmahan yang dilemparkan oleh individu terbabit.

Menurut penyanyi lagu Sampai Hati itu, tuduhan berkenaan dilemparkan kepadanya sewaktu dia sedang membuat persembahan di Facebook Live menerusi acara AVOL Legend Artiste, baru-baru ini. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button