Cerita ArtisHiburan

Difitnah Rakan Artis… Siti Nordiana Sudah Buat Laporan Polis, Akan Hantar Notis Tuntutan Menerusi Peguam

Penyanyi popular Siti Nordiana sudah membuat satu laporan polis berhubung pendedahan yang membabitkan Lan Solo dan Syura Badron serta isteri Lan iaitu Sheila, make up artis Aida G dan pegawai perhubungan awam syarikat FMC, Sam Samin berkaitan konflik yang berlaku semasa sesi Instagram live pada Selasa lalu.

Siti Nordiana berkata, dia sendiri tidak pasti apa yang berlaku dah mengetahui perkara berkenaan setelah pengurusnya, Anas memberikan beberapa klip video perbualan membabitkan dirinya.

“Kalau dorang nak berbual pasal Nana tak ada masalah. Nana boleh pejam sebelah mata kalau dorang berbual antara mereka.

“Tapi bila dah melibatkan live, media sosial, Nana rasa dah tak boleh bersabar sebab benda ni boleh jatuhkan reputasi dan karier Nana. Jadi, Nana terpaksa ambil tindakan ini untuk membersihkan nama Nana,” jelasnya.

Penyanyi tersebut berkata demikian ketika sidang media secara virtual yang berlangsung pada tengah hari tadi.

Turut serta pada sidang akhbar berkenaan adalah peguam Siti Nordiana iaitu Abang Azlan Abang Ariffin dari Abang Azlan & Associates.

Jelasnya, buat masa ini juga semua urusan yang berkaitan telah diserahkan kepada pihak peguamnya.

Sebelum ini, isteri kepada Lan Solo iaitu Nur Sheila Hashim bersama Syura Badron tampil meluahkan perasaan dan menjawab persoalan berhubung konflik yang berlaku antara mereka dan Siti Nordiana.

Shiela berkata, dia berasa terkilan apabila dikatakan menumpang populariti Siti Nordiana sehingga sesetengah pihak produksi enggan memberi ‘job’ kepada mereka.

Sementara itu, peguam Siti Nordiana berkata, dia telah menemani anak guamnya itu untuk membuat laporan polis di IPD Cheras.

Beliau berkata, laporan berkenaan berupa penafian terhadap segala luahan semasa sesi live tersebut.

“Saya telah berbincang dengan Nana (Siti Nordiana) untuk membuat satu notis tuntutan permohonan maaf kepada mereka yang terlibat yang akan dihantar pada hari Isnin ini.

“Walapun IG live itu telah dipadam, tetapi ia telah dimuatnaik di YouTube dan ia secara jelas menyebut nama Nana dan kenyataan-kenyataan yang berbaur fitnah dan menjejaskan Nana,” ujarnya.

Jelas beliau lagi, pihaknya akan memberi tempoh selama 48 jam untuk mereka memberi respon terhadap notis berkenaan.

Menurutnya, jika tiada sebarang respon diberikan, pihaknya akan teruskan dengan tindakan saman.

“Sekiranya perkara ini tertangguh, ia akan membuatkan imej dan reputasi Nana tercalar,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
2
+1
2
+1
8
+1
5
+1
18

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button