
Difitnah Seorang Individu Berkenaan Subsidi Upah, Mila Jirin Akan Ambil Tindakan Undang-Undang
Penyanyi dan usahawan popular, Mila Jirin mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu yang didakwa telah memfitnah dirinya.
Dalam satu perkongsiaannya di Instagram, individu berkenaan dilihat seperti menyindir Mila yang menangis sewaktu Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri baru-baru ini.
“Assalamualaikum En Afiq. Peguam saya telah mengambil kes ini untuk ambil tindakan kepada En. Afiq diatas FITNAH yang telah dibuat.
“Kesemua komen yang telah berlaku diruangan facebook En. Afiq juga telah diteliti dan diambil screenshort. Untuk catitan dan kefahaman en Afiq,” tegasnya.
Menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara berkenaan, Mila memberitahu dia sangat bersyukur dengan bantuan subsidi upah yang diterima syarikatnya.
Jelasnya, subsidi upah berkenaan telah memberi manfaat kepada majikan untuk menampung para pekerja, termasuk syarikatnya Bizmilla.
“Saya hanya mensyukuri bantuan yang diterima.. Bantuan SUBSIDI UPAH… Bantuan ini bukan diterima oleh saya sahaja malalah ratusan ribu majikan lain juga menerima manfaat yang sama untuk menampung para pekerja.
“Hasil bacaan saya ianya dah memanfaatkan kepada jutaan pekerja termasuklah para pekerja di Bizmilla. Untuk pengetahuan SUBSIDI UPAH dibayar mengikut Jumlah pekerja yang layak,” jelasnya.
Mila berkata, disebabkan fitnah yang dilemparkan tersebut telah menjejaskan reputasinya dan dia telah mendapat nasihat peguam untuk mengambil tindakan selanjutnya. – KopiPlanet.com