Cerita ArtisHiburan

Dijangka Melahirkan Cahaya Mata Sulung Julai Ini, Raja Ilya Pilih Kaedah Bersalin Dalam Air

Dijangka akan melahirkan cahata mata sulung tidak lama lagi, pelakon popular Raja Ilya memilih kaedah bersalin di dałam air.

Memetik laporan Harian Metro, Raja Ilya yang kini menetap di Perth Australia berkata, dia telah membuat permohonan sejak peringkat awal kehamilan serta melalui proses temuduga.

“Kalau kat sini (Perth) memang ada pilihan sama ada nak bersalin secara normal, dalam air atau di rumah. Maka, saya dan suami ambil keputusan untuk saya melahirkan bayi dalam air menggunakan khidmat bidan tanpa doktor dan tidak ke hospital.

“Malah, kaedah bersalin ini diuruskan pusat bersalin Midwife King Edward Hospital. Prosesnya cuma perlu membuat permohonan lapan bulan sebelum bersalin. Apatah lagi tidak semua boleh melahirkan di situ dan mereka akan temuduga dahulu terutama dari segi kesihatan dan jarak dari rumah,” ujarnya.

Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Raja Ramilah Begum Raja Mohammad menyatakan dia banyak menjalani kelas secara dalam talian sebagai persediaan untuk bergelar seorang ibu.

Untuk proses berpantang pula, dia akan mendapatkan bantuan seorang rakyat Malaysia yang kini menetap di Perth yang akan membantunya nanti.

“Sejak penularan Covid-19, saya banyak mengikuti kelas secara dalam talian saja. Minggu depan baru saya masuk kelas bersemuka dan cara penyusuan susu ibu pula. Apa sahaja ilmu berkaitan persediaan menjadi seorang ibu saya pergi saja.

“Semasa berpantang pula, alhamdulillah saya ada kenal ramai orang Malaysia di sini dan ada seorang kakak ini akan bantu saya buat semua. Lagipun produk berpantang saya sudah dapat dari Malaysia seperti set bertungku, set berpantang, bengkung dan banyak lagi. Semua sudah tersedia,” katanya. – KopiPlanet.com

Kredit artikel: Harian Metro

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button