Cerita ArtisHiburan

Dikata Menyanyi Seperti Transgender, Noryn Hormati Pendapat Ogy Ahmad Daud

Juara Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Noryn Aziz mengatakan dia tidak terasa hati dengan komen Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Ogy yang mendakwa suara nyanyiannya seperti seorang transgender ketika mendendangkan lagu bergenre dangdut, Cinta 100 Percent.

Menurut Noryn, dia sangat menghormati pendapat yang dikeluarkan seniwati itu dan turut mengatakan mereka ada berbual di telefon selepas komentar itu dikeluarkan oleh pelakon filem Azura itu.

“Saya tidak terasa apa-apa dengan komen yang ditulis oleh Kak Ogy. Saya hormati pendapat dia. Dia primadona siapa yang boleh lawan lakonannya.

“Sebenarnya, kami dah berhubung di telefon dan dia memang banyak mengajar dan memberi tips kepada saya untuk mempelbagaikan persembahan ketika menyampaikan sesebuah lagu itu.

“Kami siap gelak-gelak lagi, memang saya tidak ada masalah dengan Kak Ogy,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Noryn ditemui pada majlis sidang media GV5 yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor baru-baru ini.

Dengan kemenangan itu, Noryn berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah 100,000. Pada konsert final, Noryn berduet dengan Awi Rafael menerusil lagu Laskar Cinta dendangan asal kumpulan Dewa 19 serta lagu battle dengan Dia Fadilla, Where Is The Love (Black Eyed Peas).

Noryn, 41, merancang untuk menggunakan wang kemenangan itu dengan membawa kedua ibu bapanya menunaikan umrah dalam masa terdekat.

“Sebenarnya saya langsung tak terfikir pasal hadiah sejak menyertai GV dan pernah ada rasa tak mungkin jadi juara. Saya hanya fikir pada masa itu mungkin boleh dapat tarik peminat baharu disebabkan rating GV tinggi.

“Kekuatan saya hanyalah anak saya, Umar sepanjang menempuh cabaran dalam GV sebab ini sahaja yang saya pandai buat dan saya juga sangat suka menimba ilmu lebih-lebih lagi yang melibatkan muzik.

“Dengan kemenangan ini Alhamdulillah, saya merancang nak bawa kedua ibu bapa saya menunaikan umrah,” ujarnya lagi. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Noryn Aziz

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button