Cerita ArtisHiburan

Dikatakan Makan Bersama Dengan Kekasih Baharu, Sufian Suhaimi Akhirnya Tampil Jelaskan Perkara Sebenar

Baru-baru ini nama penyanyi Sufian Suhaimi menjadi bualan apabila tersebarnya video di TikTok yang dilihat dirinya sedang menikmati hidangan di sebuah restoran dengan seorang wanita bertudung di Penang.

Bagi menjawab siapakah gerangan wanita berkenaan, Sufian yang ditemui semasa Majlis Rumah Terbuka Hot FM tampil menjelaskan hal sebenar.

“Sebenarnya wanita yang tersebar dalam video berkenaan adalah salah seorang PR di Rusa Music yang merupakan syarikat pengurusan saya bernaung.

“Ketika itu saya dan dia bersama beberapa yang lain telah ke Penang atas urusan kerja dan pada masa itu pengurus berkenaan menemani saya untuk makan malam di restoran tersebut,” jelasnya.

Sufian berkata, pengurus wanita yang dimaksudkan itu juga sebenarnya sudah pun berumah tangga, malah mereka menyedari ada yang merakam video berkenaan.

“Memang saya sedar ada individu yang merakam kami sedang makan, malah kami hanya mampu tergelak sahaja dan anggap ia satu momen yang kelakar,” ujarnya.

Dalam pada itu, mengenai status terkininya, Sufian memaklumkan setakat ini dia masih lagi belum mempunyai kekasih dan sedang mencari.

“Lepas ni kalau saya memang dah ada kekasih, saya akan umumkan sahaja dan tidak akan sorok-sorok. Cuma, sekarang ini memang saya masih lagi single,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button