Cerita ArtisHiburan

Dikecam Berjumpa & Bermalam Di Rumah Anak, Khaty Fauziah Tunjuk Bukti Sedang Buat Rawatan Susulan Di IJN

Pelakon veteran Khaty Fauziah menunjukkan bukti yang dia sedang mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) setelah dikecam berjumpa dan bermalan di rumah anak-anaknya di Kuala Lumpur.

Perkara berkenaan telah dikongsikan sendiri oleh ibu kepada pelakon Shaheizy Sam itu menerusi satu posting di Instagram.

“Saya sebenarnya tidak payah buktikan apa-apa di sini berkenaan dengan peristiwa semalam yang menjadikan sebahagian daripada anda semua bertelagah sehingga melemparkan berbagai sindiran.

“Saya dan suami yang merentas negeri. Anak-anak semua tinggal dipersekitaran daerah yang sama di Selangor. Sejak PKP kami juga macam anda, tak dapat berjumpa. Kalau anda memang ikhlas mengikuti perkembangan saya & family, tentu anda tahu saya baru menjalani proceedure jantung tiga bulan yang lepas,” ujarnya.

Menurut Khaty, selepas menjalani pembedahan jantung, dia perlu mendapat rawatan susulan di IJN serta bermalam di rumah anaknya.

Jelasnya, sewaktu dia menjalani prosuder rawatan jantung yang serius, anak-anak serta cucunya sendiri tidak dapat melawatnya bagu mematuhi SOP

“Tentulah saya perlu ke IJN untuk buat susulan. Saya kena bermalam di rumah anak yang ada anak ramai. Untuk masuk ke rumahnya saya & suami kena tunggu 15 minit, baru dapat masuk ke rumahnya setelah di swap & sebagai nya. Ikut SOP. 

“Untuk pengetahuan anda semua, ketika saya buat procedures jantung saya yang sangat serius masa tu anak-anak, menantu-menantu serta cucu-cucu tidak langsung dapat melawat saya sehinggalah saya balik ke Melaka sebab kami patuh pada SOP. Anda dapat bayangkan tak kalau lah proceedure jantung saya gagal ketika Itu? Saya & keluarga saya langsung tidak dpt bersama atau berjumpa,” jelasnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
1
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button