PopularViral

Dikecam Gara-Gara Selipar ‘Muslim Friendly’, Fipper Tampil Berikan Penjelasan

Jenama selipar terkenal, Fipper yang baru sahaja menjalinkan kolaborasi bersama Neelofa telah dikecam gara-gara produk yang dikeluarkan dikatakan muslim friendly.

Menerusi satu perkongsian di Instagram rasmi, Fipper akhirnya telah tampil memberikan penjelasan.

“Pihak Fipper ingin memberikan penjelasan berkenaan isu ‘muslim friendly’ yang tular di media sosial ketika ini. Produk Slip On, Fipper x TheNoor sesuai untuk kegunaan muslimah yang memakai stokin.

“Produk kami sebelum ini kurang sesuai dengan imej muslimah yang berstokin seperti yang dinyatakan di dalam press release sebelum ini,” jelas kenyataan berkenaan.

Ternyata produk terbaharu itu mendapat kecaman hebat sehingga Neelofa sendiri digelar penunggang agama.

Dalam kenyataan itu juga, pihak Fipper turut memohon maaf atas kekeliruan yang berlaku. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
2
+1
1
+1
8
+1
4
+1
29
+1
8

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button