Cerita ArtisHiburan

Dikutuk Kerana Solat Tapi Tayang Body, Baby Shima Dapatkan Penerangan Mufti Perlis

Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon Baby Shima telah dikutuk oleh individu tertentu yang menyatakan dia masih menayangkan badannya, meskipun melaksanakan solat.

Sehubungan itu, Baby Shima memuat naik posting di Instagram, di mana dia telah mendapat penerangan daripada Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin berkenaan solat dan agama.

“Dosa antara kita dan Allah, hanya bertaubat kepadaNYA. Dosa menzalimi manusia lain, itu yang sukar dihapuskan melainkan dimaafkan oleh mangsa.

“Alhamdulillah dapat penerangan dari orang yang sepatutnya menerangkan pasal solat dan pasal agama, terima kasih @drmaza_official Mufti Perlis atas ilmu yang berguna ini.. Maaf shima share kat sini agar dapat memberikan info kepada semua orang dan yang acah-acah ustaz ebit liew ni,” ujarnya.

Baby Shima berkata, dia hanya mendengar nasihat daripada orang yang sepatutnya dan bukan ‘ustaz’ ‘ustazah’ media sosial yang memberikan komen secara umum.

Jelasnya, komen-komen tersebut lebih kepada mahu meraih perhatian dan apa yang dinyatakan mereka itu hanka cakap-cakap kosong.

“Saya hanya mendengar nasihat dari orang yang sepatutnya.. bukan dari ustaz ustazah sosial media yang saja utk komen secara umum.. dan hanya mahu kan perhatian sahaja tetapi hanya omong kosong😁 pergi belajar agama lagi..

“Ni baru belajar sedikit dari youtube dah macam pemegang kunci syurga dah setaraf malaikat menentukan syurga neraka,dosa pahala orang lain..jaga je amalan sendiri,” ujarnya. – KopiPlanet.com

* Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
+1
0
+1
4
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button