Cerita ArtisHiburan

Dilihat Ada Perubahan Pada Hidung, Diana Danielle Tidak Mengiya Atau Menafikan

Pelakon dan penyanyi popular, Diana Danielle tidak mengiyakan atau menafikan dia ada membuat sebarang perubahan pada bahagian hidungnya.

Diana berkata, dia tidak mahu mengulas mengenai perkara tersebut dan terpulang pada penilaian orang lain.

“Saya rasa saya tak perlu jelaskan atau terangkan secara lebih mendalam. Kalau nak tau boleh DM.

“Saya ada insecurities about my body, myself… tapi saya tak nak justify. Kalau ada yang perasan, itu terpulang,” jelasnya.

Diana menjelaskan perkara demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran single terbaharunya, Bersama Dengan Rindu yang berlangsung hari ini.

Sebelum ini, segelintir netizen perasan terhadap perubahan yang berlaku pada hidungnya.

Sementara itu, menceritakan lebih lanjut mengenai single baharunya, Diana memberitahudia memilih untuk muncul dengan single Bersama Dengan Rindu yang berkonsepkan ‘patah hati’ setelah agak lama tidak melancarkan lagu baharu.

“Lagu Bersama Dengan Rindu ini adalah hasil ciptaan Ezra Kong. Ini juga lagu Bahasa Melayu

pertama saya yang dikeluarkan di bawah Universal Music Malaysia. 

“Selepas lapan tahun tak keluarkan lagu Bahasa Melayu baharu, saya memilih untuk keluarkan lagu BDR ini sebab saya sukakan melodi dan lirik.

“Lagu ini menceritakan mengenai cinta yang semakin lama semakin jauh atau renggang. Ia

menggambarkan perasaan perit apabila kehilangan orang yang dicintai dan harapan yang masih ada walaupun ditinggalkan,” katanya.

Menurut Diana, proses rakaman lagu dan video muzik (MV) juga berjalan lancar biarpun

berdepan cabaran iaitu terpaksa membuat rakaman semula MV. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button