Cerita ArtisHiburan

Dipersoal Beri Saguhati RM300 Kepada Pelajar Cemerlang SPM, PU Riz Tak Berniat Rendahkan Mereka Yang Dapat Keputusan Kurang Cemerlang

Baru-baru ini pendakwah bebas PU Riz pernah memberikan saguhati iaitu RM300 kepada pelajar yang mendapat keputusan 5A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Bagaimanapun, tindakannya itu juga telah menjadi persoalan segelintir pihak tentang kewajarannya dia berbuat demikian.

”Kau bagi RM300 je buat apa?” Pertamannya, saya nak klarifikasi di sini tujuan saya beri saguhati ini bukanlah berniat untuk merendahkan pihak yang kurang keputusannya dalam SPM.

“Tujuannya adalah untuk pembakar semangat agar terus dan terus lagi berjaya.. Ye betul ini hanya usaha yang kecil,” jelasnya menerusi satu perkongsian di Instagram.

Jelasnya PU Riz, terdapat dalam kalangan pelajar yang dipilihnya memang betul-betul memerlukan.

Ujarnya, ada pelajar yang mempunayi ibu bapa yang tidak sihat, ada yang kurang mampu dan pelbagai lagi cerita yang menyedihkan.

“Sebaik baik manusia adalah mereka yang beri manfaat pda manusia yang lain. Ini antara yang saya mampu saya bantu.

“Inn sha Allah ada peluang saya bantu lagi dengan izin Allah swt mudah,” tulisnya.

Menurutnya lagi, kejayaan seseorang itu bukanlah bergantung kepada keputusan SPM semata-mata.

“Tahniah kepada semua pelajar SPM. Walau berapa pun keputusan anda
kejayaan bukan bergantung hanya kepada SPM. Yang bakal menduduki peperiksaan pada tahun ini do your very best!

“Baikkan hubungan dengan mak ayah sentiasa sedekah walaupun kalian pelajar. Banyakkan amalan sembunyi kita dengan Allah (jangan pamerkan). Inn sha Allah suatu hari nnti kejayaan yang besar akan kalian perolehi inn sha Allah,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button