HiburanSelebriti

Disahkan Menghidap Kanser Limfoma, Chef Wan Perlu Jalani Rawatan Kimoterapi… Peluang Sembuh 70-80 Peratus

Cef popular tanah air, Chef Wan atau Datuk Redzuawan Ismail mengesahkan bahawa dirinya telah menghidap penyakit kanser limfoma.

Perkara berkenaan dikongsikan sendiri oleh cef selebriti itu menerusi perkongsian di Instagram dengan memaklumkan dia telah melakukan ujian electrocardiogram (ECG) sebanyak dua kali.

“Saya telah menjalani ujian ECG, pada pukul 3.00 petang doktor telah menyampaikan berita tentang keputusan biopsi saya.

“Mereka menyatakan terpaksa menjalankan ujian sebanyak dua kali untuk memastikan keputusan tersebut… saya sememangnya disahkan menghidap kanser limfoma,” tulisnya.

Pada masa sama, Chef Wan memberitahu dia telah dimaklumkan oleh doktor yang menyatakan dia mempunyai peluang untuk sembuh antara 70 hingga 80 peratus.

Jelasnya lagi, dia juga perlu menjalani rawatan kimoterapi di hospital sebanyak 13 kitaran untuk jangka masa selama 13 minggu.

“Pada tahap ini, peluang untuk sembuh biasanya adalah 70 hingga 80 peratus. Saya akan melakukan ujian sumsum tulang pada Isnin ini kerana kanser limfoma juga dikaitkan dengan sumsum tulang kita.

“Selain itu, saya juga akan menjalani kimoterapi dan akan memulakannya serta-merta sebanyak 13 kitaran iaitu bermaksud selama 13 minggu,” ujarnya.

Di sebalik perkongsian berita duka itu, ternyataChef Wan masih sempat berseloroh memikirkan keadaannya selepas menjalani rawatan kimoterapi.

Menurutnya, dia tidak dapat membayangkan yang dirinya akan mengalami keguguran rambut akibat daripada kesan sampingan yang bakal dialami.

“Doktor mengatakan yang saya akan mula kehilangan rambut saya. Ya Tuhan saya sudah mula membayangkan diri saya dengan rambut palsu yang hebat seperti gaya Elvis Presley, M. Daud Kilau, Samy Velu, Liberace.

“Saya akan mengalami adegan muntah seperti dilakonkan oleh Linda Blair dari filem Exorcist dan juga cirit-birit yang tidak berkesudahan,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button