Cerita ArtisHiburan

Disaman RM3 Juta… Awal Ashaari Pula Dedah Pengalaman Seorang Pelanggan Ditipu

Baru-baru ini pengacara dan pelakon Awal Ashaari telah disaman sebanyak RM3 juta oleh sebuah syarikat hiasan dalaman dan perabot iaitu Naz Carpentry.

Namun begitu, Awal menyatakan dia tidak menerima sebarang dokumen mahkamah berkaitan saman fitnah berjumlah RM3 juta terhadap dirinya.

Syarikat tersebut menuntut ganti rugi sebanyak RM3 juta setelah menerima ugutan undang-undang tanpa henti daripada selebriti tersebut.

Awal didakwa telah merosakkan imej, jenama dan reputasi syarikat hiasan dalaman yang terkenal itu.

Sementara itu, Awal pula menerusi Insta Stories mendedahkan perbualan yang didakwanya melibatkan syarikat tersebut dengan seorang pelanggan.

Screenshoot perbualan dalam aplikasi WhatsApp itu memaparkan mesej pelanggan tersebut yang tidak dibalas syarikat terbabit.

“Pada pendapat saya, pelanggan tidak sepatutnya dilayan sebegini.

“Kesian saya tengok dia merayu untuk syarikat itu membalas mesej semata-mata bagi mendapat tarikh sesuai untuk memasang kabinet yang dah ditunggunya selama setahun. Duit deposit dah bayar tapi servis macam ini,” tulisnya.

Jelasnya, dia harap apa yang didedahkannya itu tidak dianggap sebagai fitnah kerana nombor telefon yang digunakan pelanggan itu untuk berhubung dengan pihak syarikat terbabit sama dengan nombor telefon yang digunakan ketika berhubung dengannya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button