Cerita ArtisHiburan

Disangka Kahwin Lagi, Erra Fazira: “Pandai Ustaz Dr. Zul Berlawak”

Hari ini nama pelakon dan penyanyi Erra Fazira menjadi bualan ramai apabila Menteri (Agama) di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Dr Mohamad Zulkifli Al-Bakri berkongsikan foto majlis pernikahan Erra Fazira bersama suaminya hari ini.

Menganggap perkara itu adalah usikan daripada Dr. Zulkifli, Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, 46, berkata, “Saya anggap itu usikan Ustaz Dr. Zul. Pandai dia berlawak, hiburkan hati ramai. Apapun, tahniah buat Erra Fazira daripada Erra Fazira.”

“Saya sendiri dihujani ucapan tahniah tapi dalam nada gurauan la. Tapi secara tidak langsung memberi semangat kepada saya untuk berkahwin,” kata Erra.

Foto majlis pernikahan yang dikongsikan Dr. Zulkifli itu ialah majlis pernikahan seorang wanita yang kebetulan mempunyai nama sama seperti nama pentas yang dipakai Erra sejak dirinya mula berkecimpung dalam bidang seni pada tahun 90-an.

Dalam perkongsiannya di laman Facebook, Dr. Zulkifli menulis, “Nama kebetulan sama, namun bukan individu yang disangka. Saya pun mula-mula terkejut. Ingatkan pelakon filem Sembilu.

“Moga ikatan perkahwinan diberkati Allah SWT, berbahagia dengan pasangan masing-masing dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah,” tulis Dr. Zulkifli. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button