Cerita ArtisHiburan

Ditanya Soalan Bila Nak Ada Zuriat, Zulin Aziz Dedahkan Dirinya Baru Alami Keguguran

Pelakon dan pengacara popular, Zulin Aziz mendedahkan bahawa dia baru sahaja mengalami keguguran pada bulan lalu.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Zulin menerusi perkongsian di Insta Story setelah ada yang bertanya tentang bila dia akan mendapat zuriat.

“Saya baru lepas gugur, orang tanya bila nak ada anak.

“Sabarlah, saya baru saja gugur (keguguran) bulan lepas,” tulisnya.

Pada masa sama, Zulin menyatakan pertanyaan sebegitu tidak seharusnya diajukan serta bertegas untuk tidak mahu menjawab soalan yang sama lagi.

Jelasnya, seseorang itu seharusnya lebih peka sebelum bertanyakan soalan yang agak sensitif, terutama melibatkan peribadi termasuk cahaya mata.

“Kalau nak tanya soalan walaupun kita tak tahu, elak tanya soalan berbaur sensitif. Kau tidak ada common sense (peka) kalau tanya soalan.

“Macam dulu, waktu saya single (solo), orang tanya bila nak kahwin, kalau aku kahwin dengan suami kau baru tahu,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button