Cerita ArtisHiburan

Ditegur Kerap Tampil Seksi, Syasya Dolla Terima Dengan Terbuka Teguran Nenek

Salah seorang anggota kumpulan Dolla, Syasya menyatakan dia terbuka menerima teguran daripada neneknya yang juga pelakon senior Rozie Othman berkaitan penampilan seksinya.

Mengakui selesa dengan penampilannya sekarang ini, Syasya menyatakan dia akan cuba memperbaikinya lagi pada masa akan datang dan tampil dengan kurang seksi.

“Saya tidak boleh sangkal teguran yang diberikan nenek, cuma dalam keadaan sekarang ini penampilan saya lebih mengikut trend terkini dengan gaya tersendiri.

“Lagipun trend zaman dahulu dan sekarang pasti banyak perubahan dan perbezaannya. Apapun, saya akan cuba perbaiki lagi pada masak akan datang,” ujarnya.

Syasya berkata demikian ketika ditemui semasa majlis ramah mesra bersama media anjuran Universal Music Malaysia yang berlangsung malam tadi.

Penyanyi itu berkata, neneknya itu ada menghubunginya menerusi panggilan telefon yang berkata mengenai perkara berkenaan serta menegurnya.

Ujarnya, dia tidak berkecil hati dengan teguran tersebut, malah hubungan dengan neneknya tetap rapat seperti biasa dan menyambut Syawal bersama-sama.

“Nenek memang seorang yang suka mengambil berat dan percaya teguran yang diberikan juga adalah untuk kebaikan diri saya.

“Hubungan kami pun langsung tidak terjejas dengan perkara ini. Lagipun nenek seorang artis yang terlibat dalam dunia seni dan dia memahami keadaan saya,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button