Cerita ArtisHiburan

Dituduh Buat Lawak ‘Double Meaning’ Terhadap Seorang Gadis Ketika Di Konti Radio, Shuk Sahar Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang

Belum reda mengena kontroversi dalam sebuah program, nama Shuk Sahar terus menjadi sebutan apabila dituduh membuat lawak double meaning di konti radio seperti yang didakwa seorang gadis.

Bagaimanapun, Shuk yang merupakan seorang bekas penyampai radio menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan tidak pernah menemubual gadis berkenaan.

“Maaf ya ada terbaca Twitter awak kata saya pernah flirt double meaning dengan awak. Bila tu ya sebab setahu saya sepanjang saya di radio saya tak pernah interview awak. Sebab memang saya langsung tak kenal awak.

“Saya berborak dengan awak pun tak. Kalau betul, apa double meaning yang saya cakap pada awak. Saya bukan la sebarang orang nak bergurau macam tu. Isu Jamil twitter? Saya tak ingat pun saya bergurau dengan awak,” ujarnya.

Menerusi satu perkongsian di Twitter, gadis yang menggunakan nama Ayu Aziz itu menyatakan Shuk beberapa kali cuba membuat lawak ‘double meaning’ terhadapnya ketika dia menjadi tetamu di stesen radio tersebut.

Dalam pada itu, Shuk menegaskan dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap gadis berkenaan berkenaan dakwaan yang telah dilempakan.

“Takpe la awak. Dalam keadaan sekarang, memang yang akan nampak teruk saya. Macam ini la kalau saya benda ini fitnah atas saya, saya akan guna cara legal.

“Awak tunggu ja la surat saman dari saya. Saya tak tahu apa niat awak. Allah saja yang tahu kan,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
+1
1
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button