Cerita ArtisHiburan

Dituduh Hanya Datang Untuk Bergambar & Bersosial Selepas 15 Minit Bertugas Ketika Jadi Sukarelawan, Daiyan Trisha Jelaskan Ia Satu Fitnah

Penyanyi Daiyan Trisha menolak sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan dia hanya datang untuk bergambar dan bersosial selepas 15 minit bertugas ketika menjadi sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Tegasnya, ia menanggap ia sebagai satu fitnah yang telah disebarkan oleh seorang individu yang juga seorang sukarelawan menerusi laman Twitter.

“Baru-baru ini saya dituduh oleh seorang individu di Twitter, tweet tersebut telah di-retweet sebanyak 4,000+ kali sebelum ianya dipadam. Bagaimanapun tweet ini telah melahirkan banyak tuduhan dan fitnah terhadap saya dan kerja sukarelawan saya di PPV.

“Bila saya dituduh dan difitnah seperti ini, taktaulah nak rasa apa. Bukan saya saja, malah sebilangan rakan artis yang lain juga. Narrative ini tak patut terus diterima bulat-bulat seperti ini, terutamanya bila ianya bohong dan fitnah semata-mata,” luahnya.

Daiyan berkata, dia sudah bertugas sebagai sukarelawan selama beberapa hari dalam 5 hingga 10 jam sehari.

Malah, dia juga menolak dakwaan yang mengatakan dia membawa rakan-rakan dan jurugambar di semasa bertugas.

“Hari pertama saya datang seorang diri, hari kedua dan ketiga saya bawa PA atas tujuan keselamatan, dia juga turut sama volunteer.

“Walaupun isu ini tampa remeh, ia have to at least address it kerana ramai bertanya dan ia memperlekehkan niat dan intergriti kerja sukarelawan saya,” jelasnya.

Ujarnya lagi, individu berkenaan telah pun memadamkan tweet berkenaan dan sudah meminta maaf kepadanya.

Menurutnya, kenyataan yang dibuatnya itu adalah semata-mata mahu membersihkan namanya kerana ia sudah sedikit sebanyak merosakkan imejnya. – KopiPlanet.com

* Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan.

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
1
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button