Cerita ArtisHiburan

Dituduh Rentas Daerah, Ibu Iman Troye Jelaskan Tentang Fitnah Yang Dilemparkan Terhadap Anaknya

Seorang netizen telah melemparkan dakwaan mengenai tindakan penyanyi muda popular Iman Troye yang dikatakan telah merentas daerah untuk membeli makanan.

Bagaimanapun, penyanyi ibu berkenaan menerusi akaun Instagram miliknya lantas menafikan dakwaan berkenaan.

“Sampai masa utk kami protect her from cyberbully and fitnah. For everyone info, kami tinggal kat Bandat Tasik Puteri, and town paling dekat yang within 10km adalah aeon Rawang.

“Kat situ semua ada, market, mcd and also starbucks. Anak bongsu itu kalau nk makan, akan ke sana untuk beli, take away and balik rumah,” jelasnya.

Ujar ibu penyanyi itu lagi, setakat ini anaknya itu tidak pernah keluar daerah, kecuali hanya sekali iaitu ketika mengambil saman di Balai Polis Dang Wangi.

“Please lah, cukup lah fitnah dia hadap selama ni, jangan ingat kami tak baca semua fitnah tu, tapi selama ni tak berbaloi untuk layan. 

“Jangan ingat sebab nama dia orang kenal, boleh buat fitnah sesuka hati. Dia masih ada family. @imantroye@ainfatihax @haziekacak @adibhamdii,” luahnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
3

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button